Alhamdulillah…PERMAI 2010 dalam kenangan
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam, akhirnya PERMAI 2010 sudah melabuhkan tirainya sudah hampir seminggu lebih.Namun,kenangan menyertai PERMAI masih segar dalam ingatan seperti program tersebut baru berlaku semalam.
PERMAI 2010 Bandung yang telah diadakan pada 22-24 Januari lalu bertempat di Politeknik Pos Bandung telah disertai oleh lebih kurang 208 orang peserta dari pelbagai tempat dari seluruh Indonesia iaitu BandungJakarta,Jogjakarta,Palembang,Makasar,Surabaya ,Indaramayu dan juga wakil dari Malaysia( German Malaysian Institute).
Penyertaan dari pelbagai ceruk Indonesia dan tidak kurang juga dari Malaysia menunujukkan semangat juang dan pengobanan yang tinggi dari sahabat-sahabat kita terutama yang berada jauh dari Bandung.Bukan mudah untuk membuat keputusan datang ke Bandung.Banyak perkara yang harus dipertimbangkan dan dikorbankan.Jadi ,di sini ingin diucapkan tahniah dan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sanggup untuk berkorban masa,wang dan tenaga untuk menghadiri PERMAI ini.
Bertemakan Islam dan Muslim:Dulu ,Kini dan Masa Depan dengan modul 6 perspektif Menjadi Muslim yang Efektif telah mampu digarap dengan baik oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali dengan Abu Saif sebagai main speaker untuk program PERMAI kali ini.Cara penyampaian ustaz yang santai dan penuh lawak menjadikan mesej yang ingin disampaikan dapat difahami dengan mudah,menarik dan berkesan di hati para peserta.
Selain slot ustaz,terdapat juga modul yang di isi dari Kang Harri Firmansyah selama 2 jam pada hari Sabtu dengan tajuk modul ‘the excellent art of being you’.Di sini,para peserta diajar cara untuk menjadi diri yang unggul.Di samping itu,terdapat juga latihan dalam kumpulan di mana semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan,bertaaruf dan melakukan tugasan yang diberi bersama-sama.
Sedikit sorotan gambar sepanjang PERMAI 2010…
PERMAI 2010
Abu Saif membuka PERMAI 2010
angkat tangan..jatuh..angkat..
karate dan dikarate
sayap kiri PERMAI 2010
kegembiraan terpancar di wajah =)
Ustaz berfikir sambil menunggu peserta
Abu Saif menjawab soklan
Kang Harri bersama slot senyumnya
bersemangat dan berani !
PERMAI 2010: Islam & Muslim ;Dulu,Kini dan Masa Depan
Ustaz Hasrizal, Zulhazwan, En Azman dan Kang Harri
games ~war! (semoga dapat mesejnya)
Bergambar selepas penat dan sakit kaki bermain (smile!)
khusyuk menyanyikan lagu Bingkai Kehidupan
angkat tangan…
group kuda bersama kuda-kudanya
Peserta dari Bandung!
kontinjen dari Jakarta
sahabat dari Makasar
KOAS
2 jejaka lone ranger dari Surabaya
ITB
Indramayu
Jogjakarta
GMI
peserta PERMAI 2010 ~ Bandung
AJK PERMAI 2010
Semoga PERMAI 2010 Bandung ini dapat meninggalkan seribu satu kenangan di hati para peserta dan semoga mutiara-mutiara berharga yang dikutip sewaktu PERMAI 2010 dapat digunakan dan disebarkan kepada orang lain.
Kesimpulannya, think big,act small!
Nota 1 : kredit kepada Ahmad Fahmi dan Nurul Farhana untuk gambarnya
Nota 2: terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini..para peserta,AJK yang telah lama bertungkus dan pihak JPMI yang telah menghantar warden bagi memastikan perjalanan program ini.
Nota 3: insyaAllah pihak kami akan menjual DVD PERMAI 2010 ..di dalam dvd tersebut akan ada video slot Ustaz Hasrizal,aktiviti-aktiviti dan gambar-gambar sepanjang PERMAI 2010
Nota 4:Nantikan PERMAI 2011 ! insyaAllah
0 comments:
Post a Comment