Thursday 21 January 2010

Senarai barang keperluan peserta permai

  1. pakaian harian (mengikut keperluan sepanjang proram)
  2. peralatan solat
  3. peralatan mandi
  4. pakaian riadah(track suit,kasut sukan)
  5. kasut/sandal
  6. ubat2 peribadi(bg yang ada penyakit)
  7. kain penutup mata
  8. bhn2 study(bg yang masih exam)

KODE ETIKA BERPAKAIAN PERMAI 2010

1) Majlis pembukaan:-
IKHWAN – baju berkolar, seluar slack, kasut/sandal
AKHWAT – baju kurung/pakaian menutup aurat, kasut/sandal

2) Slot & modul:-
IKHWAN – baju berkolar,seluar slack, kasut/sandal
AKHWAT – baju kurung/pakaian menutup aurat, kasut/sandal

3) LDK 1:- sama dengan majlis pembukaan
LDK 2:- sama dengan slot & modul

4) Games & recreation:-
IKHWAN & AKHWAT – bebas, kasut sukan


5) Majlis penutupan:-
IKHWAN – baju PERMAI’10, seluar slack, kasut/sandal
AKHWAT – baju PERMAI’10, seluar slack/kain, kasut/sandal
P/s: -semua peserta & AJK PERMAI’10 berpakaian sopan & menutup aurat.
-untuk ‘games & recreation’,sila bawa 2 pasang kerana dikhuatiri kotor.
-bawa kain pelikat/batik

Note : Pakaian Jeans dan 'selipar jepun' sangat TIDAK DIGALAKKAN
Monday 18 January 2010

Update PERMAI 2010

Seperti yang telah diketahui,Ustaz Hasrizal akan menjadi ‘main speaker’ untuk  program PERMAI yang akan diadakan .Namun begitu,terdapat satu slot modul yang pada awalnya akan diisi oleh Ummu Saif ,tetapi disebabkan beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan,slot modul ini akan diisi oleh Kang Harri Firmansyah R yang akan membawa slot tersebut dengan tajuk modul ‘ Be Potential,Be Extraordinary

Siapakah Kang Harry ini? Mungkin ramai yang tertanya-tanya.Jadi,di bawah ini terdapat  biodata Kang Harri.Untuk pengetahuan semua,Kang Harri pernah mengisi slot terakhir Zafran Saphire 3 dan ‘feedback’ dari peserta program tersebut mengatakan slot tersebut sangat menarik.

Mari berkenalan dengan beliau…

Profil Trainer

image

Nama penuh HARRI Firmansyah R,dilahirkan di Bandung pada 22 September 1978.Kang Harri merupakan seorang yang energetik dan penuh semangat.Sejarah hidupnya yang penuh onak dan duri menyebabkan beliau berminat dalam bidang motivasi.Semasa kecil beliau digelar ‘Ugly Duck’ dan semasa usia remaja,keluarga beliau mengalami masalah ekonomi yang teruk.Selain itu,Kang Harri juga hampir dikeluarkan dari SMA dan hampir tidak dapat meneruskan pembelajarannya di Yayasan Telekom Bandung.

Kini beliau merupakan ketua yang dicintai oleh keluarga dan masyarakat. “Begin with the end in mind ” merupakan pegangan beliau dalam menjalani dan menikmati hidupnya.Sebagai seorang yang sudah mendapat sijil trainer dari The Most Powerful Man and Bussiness Ideas Mr. Tung Desem Waringin,Kang Harri menginginkan suatu pemahaman dalam hidup  supaya dapat dinikmati semua lapisan masyarakat.Beliau juga belajar dari guru-guru terkenal dan penceramah yang berjaya.

Di samping itu,Kang Harri merupakan seorang peminat dan alumni ESQ Ary Ginanjar yang memegang prinsip ‘ the more you give,the more you get’.Pelbagai training dan workshop yang telah beliau kendalikan dan telah diikuti oleh peserta dari pelbagai lapisan masyarakat seperti murid sekolah,mahasiswa,cancellor,panggiat dakwah dan sebagainya

Semoga kita semua dapat mengutip sebanyak mungkin mutiara ilmu dari Kang Harri dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.insyaAllah..

Sunday 17 January 2010

TENTATIF BARU PERMAI 2010

Memandangkan PERMAI 2010 yang akan diadakan dalam masa lebih kurang seminggu saja lagi,mesti ramai yang tertanya-tanya apa saja program yang diadakan dalam PERMAI ini.
Jadi di bawah ini,dilampirkan tentatif PERMAI 2010 :  

PERMAI-CEREMONIES (22 & 24 Januari 2010)





TENTATIF PROGRAM PERMAI 2010


Semoga dengan adanya tentatif program PERMAI 2010 ini dapat membantu peserta-peserta PERMAI mendapat gambaran tentang aktiviti –aktiviti yang akan diadakan sepanjang PERMAI,insya-Allah..
Saturday 9 January 2010

Menggapai Kemuliaan Akhlaq

Akhlak Mulia 1

Akhlaq menurut ahli ilmu yang benar-benar ahli dibidangnya iaitu ilmu syar’i yang mulia dan menjadikan kita tidak salah dalam memahaminya kerana pada umumnya banyak orang yang memandang akhlaq hanya sebagai sesuatu yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan sesama manusia saja, padahal akhlaq juga mencakup hubungan manusia dengan Yang Mahatinggi, Allah swt.

I. Definisi Akhlaq

Beberapa definisi akhlaq antara lain adalah :

1. Menurut Ibnu Abbas Ra ketika menafsirkan firman Allah Subhanahu wa Ta’alaa dalam surat Al Qolam ayat 4 yang terjemahannya berbunyi sebagai berikut “Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlaq yang agung”, akhlaq yang agung tersebut adalah dien yang agung (Islam).

Demikian pula pendapat Mujahid, Abu Malik, As Suddi, Rabi bin Anas, Ad Dhahak, dan Ibnu Zaid. Didalam Shohih Muslim, Aisyah ra pernah ditanya tentang akhlaq Nabi Saw, lalu beliau menjawab bahawa akhlaq Beliau Saw adalah Al Quran, kerana segala perintah yang terdapat didalam Al Quran beliau laksanakan dan segala larangan yang terdapat didalamnya beliau tinggalkan. Syaikh Salim bin ‘Ied Al Hilali berkata “Dengan ini menjadi jelas bahawa akhlaq yang agung dimana Nabi disifati dengannya adalah dien yang mencakup semua perintah-perintah Allah Ta’alaa dan larangan-Nya, sehingga bersegera untuk melaksanakan segala yang dicintai Allah dan di ridloi-Nya dan menjauhi segala yang dibenci dan dimurkai-Nya dengan sukarela dan lapang dada” (Makarimul Akhlaq/23) .

2. Ibnul Atsir menyebutkan dalam An Nihayah (2/70) tentang “al khuluqu” dan “al khulqu” yang berarti dien, tabiat dan sifat. Syaikh ‘Utsaimin menerangkan tentang hakikatnya adalah potret batin manusia iaitu jiwa dan keperibadiannya (Makarimul Akhlaq, hal 9).

3. Al Imam Ibnul Qoyyim Al Jauziyah menyebutkan beberapa pendapat tentang definisi akhlaq didalam bukunya Madarijus Saalikin antara lain akhlaq yang baik adalah berderma, tidak menyakiti orang lain dan tangguh menghadapi penderitaan. Pendapat lain menyebutkan bahawa akhlaq yang baik adalah berbuat kebaikan dan menahan diri dari keburukan. Ada lagi yang mengatakan, “membuang sifat-sifat yang hina dan menghiasinya dengan sifat-sifat mulia”

4. Imam Ibnu Qudamah menyebutkan dalam Mukhtashor Minhajul Qoshidiin bahawa akhlaq merupakan ungkapan tentang kondisi jiwa, yang begitu mudah menghasilkan perbuatan tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan, jika perbuatan itu baik maka disebut akhlaq yang baik, dan jika buruk maka disebut akhlaq yang buruk.

II. Keutamaan akhlaq yang baik

Syaikh Salim bin ‘Ied Al Hilali menyebutkan keutamaan-keutamaan akhlaq yang mulia iaitu :

1. Akhlaq yang mulia merupakan penyebab masuknya orang yang memiliki akhlaq yang mulia tersebut kedalam Jannah (surga)

Nabi Saw bersabda yang ertinya “Saya adalah penjamin bagi orang yang meninggalkan mira (debat kusir) meskipun ia ada dipihak yang benar dengan mendapatkan rumah di jannah terendah dan bagi orang yang baik akhlaqnya akan mendapatkan rumah di jannah yang tertinggi” (hadits riwayat Abu Daud/4800, Al Mizzi dalam Tahdzibul Kamal, dengan sanad yang hasan)

Hadits lainnya iaitu dari Abu Huroiroh RodliyAllahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Saw pernah ditanya tentang perbuatan yang menyebabkan banyak manusia yang masuk Jannah, maka beliau menjawab yang ertinya “Takwa kepada Allah dan akhlaq yang baik”, beliau ditanya pula tentang penyebab yang menjadikan banyak manusia masuk neraka, maka beliau menjawab “mulut dan kemaluan” (diriwayatkan Tirmidzi (2003), Ibnu Majah (4246), Ahmad (2/291, 392, 442), Ibnu Hibban (Mawarid, 1923), Al Baghowi (Ma’alim At Tanziil, 4/377 dan Syarhu As Sunnah 13/79-80, Al Khoroithi (Makarimul Akhlaq hal. 10), dan Bukhori (Al Adab Al Mufrod, 442). Sanad hadits ini hasan

2. Akhlaq yang mulia merupakan penyebab seorang hamba dicintai Allah

Rasulullah Saw bersabda yang ertinya “Hamba-hamba Allah yang paling dicintai-Nya adalah yang paling baik akhlaqnya diantara mereka” (hadits riwayat Thabrani (471) dan Hakim (4/399-401)

3. Akhlaq yang mulia merupakan penyebab seorang hamba dicintai

Rasulullah Saw. Beliau Saw bersabda yang ertinya “Sesungguhnya yang paling aku cintai diantara kalian dan yang paling dekat dengan majlisnya dariku di hari kiamat adalah yang paling baik akhlaqnya diantara kalian” (hadits riwayat Tirmidzi (2018) dengan sanad yang hasan, dan memiliki penguat yang diriwayatkan Imam Ahmad (2/189) dengan sanad yang shohih, sehingga kesimpulannya hadits ini shohih lighoirihi)

4. Akhlaq yang mulia mendapatkan timbangan yang paling berat di hari kiamat.

Rasulullah Saw bersabda yang ertinya “Sesuatu yang paling berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat adalah akhlaq yang baik” (hadits riwayat Abu Daud (4799), Ahmad (6/446-448), Ibnu Hibban (481) dan selain mereka)

5. Akhlaq yang mulia meninggikan darjat seseorang disisi Allah

Rasulullah Saw bersabda yang ertinya “Sesungguhnya seseorang itu dengan sebab akhlaqnya yang baik, sungguh akan mencapai darjat orang yang solat malam dan shaum di siang hari” (hadits shohih riwayat Abu Daud (4798), Hakim (1/60) dan selainnya). Beliau Saw juga bersabda yang ertinya “Sesungguhnya seorang muslim yang dibimbing lurus (oleh Allah) benar-benar akan mencapai darjat ahli shaum dan ahli ibadah (sholat) yang selalu melantunkan ayat-ayat Allah disebabkan karakternya yang mulia dan akhlaqnya yang baik” (hadits shohih riwayat Ahmad (2/17 dan 220)

6. Akhlaq yang mulia merupakan sebaik-baik amalan manusia

Rasulullah Saw bersabda yang ertinya ” Wahai Abu Dzar, maukah aku tunjukkan kepadamu dua hal ; keduanya itu sangat ringan dipikul dan sangat berat dalam timbangan dibandingkan selain keduanya?” Abu Dzar menjawab, “Tentu wahai Rasulullah.”, beliau bersabda, “Engkau harus berakhlaq yang baik dan harus banyak diam, demi yang jiwaku berada ditangan-Nya, tidak ada amalan manusia yang menyamai keduanya.” (diriwatkan oleh Ibnu Abi Dunya dalam As Shamt (112 dan 554), Al Bazzar (Kasyful Atsar, 4/220) dan lain-lain. Hadits ini darjatnya hasan

7. Akhlaq yang mulia menambah umur

8. Akhlaq yang mulia menjadikan rumah makmur

Rasulullah Saw bersabda yang ertinya “Akhlaq yang baik dan bertetangga yang baik, keduanya menjadikan rumah makmur dan menambah umur” (hadits shohih riwayat Ahmad, 6/159)

Dari uraian tentang definisi dan keutamaan akhlaq diatas, semoga menjadikan kita dapat mengerti tentang akhlaq menurut ahli ‘ilmu yang benar-benar ahli dibidangnya iaitu ‘ilmu syar’i yang mulia dan menjadikan kita tidak salah dalam memahaminya kerana pada umumnya banyak orang yang memandang akhlaq hanya sebagai sesuatu yang berkaitan tentang hubungan manusia dengan sesama manusia saja, padahal akhlaq juga mencakup hubungan manusia dengan Yang Mahatinggi, Yang ada di atas Arsy sana, Yang tidak ada sesembahan yang berhak disembah dengan benar, dan tidak ada yang serupa dengan-Nya iaitu Allah Subhanahu wa Ta’alaa, Dialah Pencipta manusia, sehingga hanya Dialah yang Mahatahu tentang apa yang terbaik buat para hamba-Nya sehingga Dia memerintahkannya melalui KalamNya yang mulia iaitu Al Quran dan melalui lisan utusannya yang mulia iaitu Nabi Muhammad Saw.  Wallahu a’lam

Copied by Muhammad Hanif from Halaqah-Online posted by Dakwatuna

Wednesday 6 January 2010

MAKLUMAT TERKINI PERMAI 2010

Di sini ada beberapa pengumuman penting berkenaan PERMAI 2010;

Pengumuman 1

sukacitanya dimaklumkan bahawa pendaftaran PERMAI 2010 masih dibuka.jadi,kepada sesiapa yang berminat ,boleh rujuk kepada wakil tempat masing-masing untuk penyertaan.jangan lepaskan peluang untuk menjadi salah seorang peserta PERMAI 2010!

***********************************************************************************************

Pengumuman 2

Dukacita dimaklumkan bahawa ustaz akan datang sendirian ke Bandung,tanpa membawa keluarga beliau.Ummu Saif tidak dapat datang disebabkan halangan yang tidak dapat dielakkan.Insya Allah slot Ummu Saif akan diganti oleh motivator/penceramah dari Indonesia.

Details akan diberitahu kemudian.

************************************************************************************************

Pengumuman 3

Lagu tema untuk PERMAI 2010 adalah Bingkai kehidupan,dari Shoutul Harokah .

 

Bingkai kehidupan

Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan
Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

Di sini disertakan link lagu ini..

Klik DISINI

Monday 4 January 2010

Cara Buka Website Yang Telah Disekat

Mungkin ada di antara kita tertanya, mengapa kita tidak boleh buka sesetengah website dari negara lain. Bagi yang pembaca saifulislam, mesti anda terpinga- pinga tentang masalah yang berlaku kat website Abu Saif.

Secara jujur, ana sendiri terpinga- pinga juga. Ia berlaku sejak sebulan yang lepas. Tapi semalam, senior ana yang bernama Ahmad Zulhazwan (Pengarah Permai 2010) telah mengingatkan ana.

Sebenarnya, kita tetap boleh baca blog yang telah disekat melalui server website lain. Cara ini ana telah belajar semasa sekolah dulu. Tapi terlupa dan tak pernah terfikir. Adat manusia, perlu saling ingat meningati.

Cara tersebut adalah dengan menggunakan Bypass.

Sila ikuti step dibawah

1.     Buka laman web bypass. Sila klik disini

2.     Kemudian masukkan DNS website yang anda hendak. Contohnya DNS saiful islam adalah http://saifulislam.com/

clip_image002 

3.     Klik go

4.     Akan keluarlah website yang kita hendak.

Selamat mencuba. Semoga ini dapat membantu anda semua.

Saturday 2 January 2010

Ummah mundur selagi membelakangkan Islam

love-islam

SUARA mengatakan umat Islam mundur kerana agama dianuti, semakin lama semakin kuat berkumandang. Malah, ada kalangan umat Islam mengiyakan kenyataan itu tanpa berfikir panjang. Bukan saja mengiyakan, malah mempersoalkan hukum termaktub dalam al-Quran dan hadis sahih.

Penyakit kejahilan yang semakin kuat menyerang pemikiran umat Islam dan bukan Islam harus disekat segera. Sesungguhnya sebab kemunduran, kelemahan dan kejahilan umat Islam bukan disebabkan agama dianutinya tetapi kerana umat Islam tidak lagi berpegang kepada agamanya.

Adakah kerana umat Islam tidak berpegang kepada agamanya, bererti Islam sebagai agama harus dipersalahkan? Demi Allah yang menciptakan apa yang di langit dan di bumi, sama sekali Islam bukanlah penyebab kegagalan umat Islam.

Seorang doktor yang mendiagnos penyakit, kemudian memberi senarai ubat perlu diambil, tetapi jika pesakitnya tidak mendengar dan mengikuti arahan doktor, siapakah harus dipersalahkan apabila pesakit tidak sembuh. Adakah doktor yang dipersalahkan?

Islam sudah menyediakan manual untuk penganutnya sebagai panduan dan pengajaran tetapi jika penganut tidak mengikutinya, adakah Islam harus dipersalahkan?

Islam menyeru kesatuan tetapi umat Islam masih berpecah-belah. Islam menyeru persaudaraan, tetapi umat Islam masih lagi bermusuhan. Islam menyeru kepada keadilan, tetapi umat Islam masih lagi berlaku zalim.

Umat Islam perlu mengamalkan Islam yang sebenarnya, sentiasa berpegang kepada apa yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Umat Islam perlu mencontohi ketaatan dan kefahaman umat terdahulu di kalangan sahabat dan tabiin menjalani kehidupan sebagai Muslim.

Jika umat Islam mengikuti seperti orang terdahulu amalkan, sudah pasti umat Islam tidak akan dimomokkan lagi dengan perkataan mundur, kegagalan dan kejahilan.

Semakin erat hubungan seseorang dengan agama, semakin baik keadaan dan budi pekertinya. Malah, hubungan erat ini akan membawa kepada kejayaan, penghormatan, kemenangan dan kemuliaan kepada sesiapa saja.

Islam sudah menerangkan segala aspek dan keperluan umat Islam dalam kehidupan mereka, seperti dikatakan oleh Abu Darda: "Tidak ada yang diabaikan oleh Rasulullah, sehingga burung yang mengepakkan sayapnya di langit, Baginda sudah mengajarkan kepada kita mengenai ilmunya."

Lengkapnya Islam hinggakan hal berkaitan cara membuang hajat juga diajar dan diberi petunjuk. Salman al-Farisi seorang sahabat besar Rasulullah SAW pernah ditanya seorang musyrik adakah Rasulullah mengajarkan cara membuang hajat.

Kemudian Salman al-Farisi menjawab, "Ya, Baginda melarang kami menghadap kiblat ketika membuang hajat dan melarang kami membersihkannya dengan kurang dari tiga batu atau dengan tangan kanan, atau dengan kotoran kering atau tulang."

Jika meneliti kembali sejarah pertembungan peradaban Islam dan peradaban lain, Islam unggul kerana hubungan umatnya dengan agama begitu kuat. Sebut siapa saja, Yahudi, Pagan, Rom, Majusi dan munafik, semuanya dapat dikalahkan malah ditawan hati mereka untuk memeluk Islam.

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, kepemimpinan Baginda diteruskan Khulafa' ar-Rasyidin. Pengganti Rasulullah SAW tetap meneruskan apa yang dimulakan Baginda tanpa ada sebarang tambahan mahupun pengurangan.

Islam semakin berkembang pesat dan tersebar ke seluruh dunia. Zaman ini adalah zaman kegemilangan Islam. Ilmu Islam tersebar ke seluruh pelusuk kota, ramai di kalangan bukan Islam mengambil manfaat daripada kegemilangan ini.

Ke mana saja umat Islam berada, di situlah peradaban besar dibina, dihormati dan digeruni oleh negara bukan Islam. Peradaban disulami keimanan, ilmuwan, teknologi dan kebendaan menjadi agenda utama. Peradaban dibina umat Islam ketika itu bukan peradaban materialistik mahupun kebendaan, tetapi peradaban menyatupadukan iman, ilmu, pembangunan dan akhlak.

Ketika itu umat Islam menjadi pemimpin dunia, di waktu itu juga umat Islam dihormati. Negara Islam adalah negara pertama, bukan negara ketiga seperti sekarang. Negara umat Islam adalah guru dan ikutan kepada negara lain.

Semua orang datang ke negara Islam untuk belajar di universiti disediakan. Bangsa Eropah yang dalam kegelapan ketika itu mempelajari bahasa Arab, ilmu Islam serta kaedah pembelajaran yang dicipta sarjana Islam.

Namun semua itu hanya tinggal kenangan. Umat Islam kini menghadapi masalah membabitkan kegagalan dan kemunduran. Semuanya apabila umat Islam menjauhkan diri dari Islam sebenar. Ketika kita menjauhi Islam, maka kita akan lemah, berpecah-belah, dan saling mementingkan diri.

Namun kita semua percaya umat Islam akan dihormati semula dan menjadi gemilang apabila kembali kepada Allah dan Rasul. Apabila masa itu tiba, kita percaya Islam akan mengatasi segala-galanya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan Allah telah berjanji kepada orang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal salih bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, segera Dia menjadikan orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang yang fasik." (Surah an-Nur, ayat 55)

Copied by Muhammad Hanif From Bertita Harian Written By Yussamir Yusof