Friday, 11 December 2009

CINTA

cintaabadi

cinta itu sesuatu yang suci dan murni
harus dijaga
dan harus dikawal..

ia bisa menjadikan manusia sengsara
atau menjadikan manusia bahagia

namun,
cinta yang kekal..
hanyalah cinta padaNya

setinggi mana cinta sang manusia pada kita,
ia pasti akan mengecewakan
kerana ia akan punah suatu masa nanti..
ianya tidak kekal
dan tidak setulus cintaNya

ya..

kebanyakkan kita yakin
pada kata-kata di atas..

namun dimanakah bukti keyakinan itu?

yakin bahawa hanya cinta Allah yang akan membahagiakan kita?
namun tidak berusaha mendapatkannya dengan kesungguhan..

yakin cinta manusia akan berakhir?
namun itu yang kita kejar-kejarkan..

kawallah nafsu kita..
mohon perlindungan dari godaan syaitan..
kerana jika kita mencari cinta Tuhan yang Esa..
pastilah banyak dugaan dan ujian yang datang menimpa..
sebagai bukti taat setia..

moga cinta Allah, milik kita semua~

*********************************************************************************

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Antara Dua Cinta
-Raihan-

0 comments:

Post a Comment