Borang Penyertaan dan bayaran
Pendaftaran mestilah disertakan dengan bayaran sebanyak Rp150k seorang, dan pembayaran boleh dilakukan ke:
Bank : Bank Niaga Cabang Bandung-IBC Dago
Account no. : 026-01-18534-11-1 (Huda Abdul Halim)
Maaf, mungkin sahabat-sahabat ada yang tertanya2 kenapa account no. PERMAI dibuat atas nama persendirian. Untuk pengetahuan semua, account Bank PERMAI di buat atas nama bendahari PERMAI sendiri, saudari Huda Abdul Halim disebabkan prosedur2 yang menyulitkan kalau dibuat atas nama organisasi. Untuk maklumat lanjut tentang pembayaran, sahabat-sahabat boleh hubungi terus ke saudari Huda, +6281809571101.
Sila emailkan sekali bukti pembayaran wang pendaftaran ke email PERMAI. Penghantaran borang PERMAI dan bayaran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 27 Disember ini. Harap kerjasamanya. Sekian =)
Video Promosi Permai 2010
Pada post kali ini, kami menyediakan video-video promosi Permai 2010
Video ini khusus bagi semua pelajar islam Malaysia di Indonesia
Anda boleh menonton video ini dan mempromosikan Permai 2010 pada sahabat yang lain
Doakan Permai kali ini lebih bermakna bagi kita semua
Sempena Maal Hijrah 1431 Hijrah, saya ingin mengucapkan
Selamat menghayati Maal Hijrah dengan hati tulus
Hijrahkanlah diri kita sebelum kita dihijrahkan ke alam lain
Video promosi permai ni, kami upload menggunakan server daily motion
Maaf kerana tidak menggunakan youtube
Ini disebabkan server Daily Motion lebih senang banding youtube
Video ni terbahagi kepada dua bahagian
Part 1
Part 2
Versi Youtube
Part 1
Part 2
Disini juga kami pihak Permai 2010 menyediakan kepada anda semua video permai dalam versi high quality
Kami harap anda sebarkan video ini kepada yang tidak tahu
Sila klik dibawah
Salam ukhuwah dari kami
Tentatif Permai 2010
Alhamdulillah, tentatif terbaru program Permai 2010 telah siap. Pada post kali, kami pihak Permai 2010 akan melampirkan tentatif program Permai yang akan di adakan pada Januari 2010.
Disini kami menyediakan link untuk download tentatif Permai 2010. Moga- moga dengan tentatif dapat memudahkan anda semua lebih faham tentang perjalanan Permai 2010. Doakan supaya semua perjalanan program Permai 2010 diberkati dan berjalan dengan lancar. Klik Dibawah
Selamat menghayati Maal Hijrah. Hayatilah dengan jiwa dengan ikhlas. Moga- moga tahun hijrah kali ini akan dapat menghijrahkan kita dari seseorang yang alpa kearah yang lebih taqwa.
Pendaftaran Permai
Bandung : Ahmad Zulhazwan (+62818 0903 1717, nawz_zuhal@yahoo.com)
Jogjakarta : Isa Azzaki Zainal @ Abg Zack (+62819 3173 0863, ustok_11@yahoo.com) dan Khairul Farizi Ahmad (+62819 0418 2650, khairulfarizi@yahoo.com)
Jakarta : Nabieh Rahmat (+6281 7493 5836, Nabieh_Rahmat@yahoo.com) dan Zulfadli Mohamad Aris (+6281 7493 5829, zarlack_dallaz@yahoo.com)
Malang : Wan Mastura Wan Musaludin (+628 1805 0510 0912, wmastura_7@yahoo.com)
Nor Aimi Shairy (nams_skywalker@yahoo.com)
Surabaya : Abu Bakar (+62817 0311 4120, burn_880@yahoo.com)
Makassar : Mohd Firdaus Musa (+62856 9640 7507, along_daus87@yahoo.com) dan Nor Maisarah shukri (+6289 7150 0436, put_humaira@yahoo.com)
Medan : Aizatnur Zakaria (+6285 6623 4289, reminder_ki@yahoo.com)
Padang : Fatahiyah (Fatahiyah2@yahoo.com)
Solo : Ali Zainal Abidin (+628170441440, azansod@yahoo.com)
Palembang : Muhamad Farid Azraei (+628982383570, far8azr89_techno@yahoo.com)
Acheh: Mohamad Azzar (+6287890305903)
Indramayu: Azwan (+628569840008)
Bogor: Siti Norhani (+6287870236334)
Dibawah ini kami sediakan link untuk download borang PERMAI 2010
Klik SINI
Yuran pendaftaran untuk PERMAI 2010 adalah sebanyak Rp 150 000 (RM50 lebih je) tarikh tutup penyertaan ialah pada tanggal 23 disember 2010. Borang penyertaan dan yuran pendaftaran hendaklah di serahkan sebelum tarikh tersebut. Penyertaan untuk PERMAI 2010 adalah terhad untuk 200 orang sahaja (termasuk AJK). Jadi, tunggu apa lagi. Cepat daftar sekarang!!
Untuk peserta di luar Bandung, Anda dikehendaki membayar melalui akaun Bank Niaga. Bayaran dibuat oleh wakil yang telah dilantik
Bank : Bank Niaga Cabang Bandung-IBC Dago
Account no. : 026-01-18534-11-1 (Huda Abdul Halim)
Coming Soon…. Permai 2010
PERMAI 2010 akan membuka tirainya tidak lama lagi. PERMAI 2010, singkatan dari Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia 2010 adalah kesinambungan dari PERMAI’08 yang diadakan di Jogjakarta pada tahun 2008. Mungkin ada sahabat-sahabat yang belum tahu atau mungkin kurang jelas dengan kewujudan PERMAI ni. PERMAI merupakan program berbentuk seminar keagamaan dan motivasi yang menghimpunkan mahasiswa-mahasiswa Malaysia dari seluruh pelosok Indonesia. InsyaAllah, PERMAI 2010 Januari ini akan diadakan di Bandung dan mendatangkan wakil-wakil dari Bandung sendiri sebagai tuan rumah, Jakarta, Jogjakarta, Surabaya, Malang, Makassar, Medan, Palembang, Padang, Solo, Indramayu dan ada juga wakil dari Malaysia yang sangat bersemangat untuk ikut serta dalam PERMAI kali ini.
Sejarah PERMAI
Mungkin sahabat-sahabat pernah dengar tentang PUISI di Ireland (Perhimpunan Ukhuwah Insaniyyah Seluruh Ireland), PERISTIWA di Australia (Perhimpunan Remaja Islam dan Tautan Insan Western Australia), IPIJ di Jepun (Ikatan Persaudaraan Islam Jepun) dengan program-programnya atau JASSI di India (Jalinan Sahabat Seluruh India), ISK (Ini Sejarah Kita) anjuran MSM (Majlis Syura Muslimun) dan banyak lagi program-program di luar Negara yang menghimpunkan mahasiswa-mahasiwa Malaysia yang belajar di sana.
Dan di Indonesia, PERMAI merupakan program yang kurang lebih sama dengan program-program tersebut, mungkin sahaja cara dan isinya yang sedikit berbeza, sesuai dengan kondisi mahasiswa di sini. Idea untuk mewujudkan PERMAI dicetuskan oleh saudara Isa Azzaki dan sahabat-sahabat dari Jogja dan juga Bandung dengan harapan dapat mendekatkan mahasiswa-mahasiswa muslim di Indonesia terhadap ilmu agama disamping mengeratkan ukhuwah antara mahasiswa dari berbagai universiti seluruh Indonesia. Sebelum nama PERMAI digunakan, berbagai nama-nama lain telah dicadangkan, antaranya PEMIMPIN, (skemanye..) PERMAIDANI (huhu) dan PUISI (tinggal tukar Ireland ke Indonesia je.hehe)..dan akhirnya nama PERMAI dipilih, singkatan dari Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia (walaupun tak berapa sesuai kat hujung dia).
Permai ‘08
PERMAI’08 yang diadakan di Jogjakarta pada tanggal 23-25 mei 2008 adalah program Islamik pertama yang menghimpunkan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia. PERMAI’08 dianjurkan oleh UPIMI (Ukhuwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia) dari Jogjakarta dengan kerjasama IMAN (Islamic Malaysian Association) dari Bandung dan PKPMI (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia). Saudara Isa Azzaki bin Zainal dari Universitas Gadjah Mada (UGM), Jogjakarta merupakan pengarah PERMAI’08 dan dibantu oleh sahabat-sahabat lain dari UGM.
PERMAI’08 diadakan selama 3 hari 2 malam, merangkumi seminar, ceramah motivasi dan ‘games’ dalam beberapa slot berdasarkan modul The 7 Habits of Highly Effective Mukmin yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, seorang ustaz, motivator dan juga artis (hehe) yang popular di kalangan mahasiswa Malaysia, terkenal dengan slogannya berbunyi “Erti Hidup pada Memberi". ‘Details’ tentang Ustaz Hasrizal telahpun di kupas dalam artikel yang lepas (sila rujuk) atau layari blog beliau, http://www.saifulislam.com. Modul The 7 Habits of Highly Effective Mukmin membicarakan tentang 7 aspek yang harus dimilik oleh seorang mukmin, dan diambil dari buku karangan Stephen Covey bertajuk “The 7 Habits of Highly Effective People”, membincangkan tentang:
1) Be proactive – Principles of personal vision
2) Begins with the end in mind – Principles of personal leadership
3) Put first things first – Principles of personal management
4) Think win/win – Principles of interpersonal leadership
5) Seek first to understand, then to be understood – Principles of empathetic communication
6) Synergize – Principles of creative communication
7) Sharpen the saw – Principles of balanced self-renewal
Alhamdulillah, PERMAI’08 berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari peserta-peserta. Di harapkan ilmu yang diperoleh dapat menggerakkan para peserta daripada TAHU, terus berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU.=) (juga slogan Ustaz Hasrizal)
Maklumat lanjut tentang PERMAI'08 boleh didapati di sini
PERMAI 2010
Kesinambungan dari PERMAI’08, PERMAI 2010 meneruskan jejak langkahnya dan untuk PERMAI kali ini, Bandung diamanahkan untuk menjadi tuan rumah, dan kami masih mengekalkan Ustaz Hasrizal sebagai ‘main speaker’. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa tiada PERMAI 2009? Untuk pengetahuan semua, memang rencananya PERMAI berikutnya selepas yang pertama akan diadakan pada tahun ini tapi disebabkan Ustaz Has tak dapat memenuhi jemputan ke luar negara untuk tahun 2009 atas sebab-sebab tertentu, kami memilih untuk menundakan tarikh program ke tahun 2010, dan tidak bercadang menggantikan penceramah yang lain. Diharapkan penundaan dan penantian ini ada hikmahnya, insyaAllah,
Pengarah untuk PERMAI 2010 adalah saudara Ahmad Zulhazwan bin Ahmad Kasim, pelajar perubatan ‘batch’ 2006 (tahun 4) dari Universitas Padjadjaran (UNPAD), Bandung dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada sahabat-sahabat dari UNPAD. Tema kali ini ialah Islam & Muslim; Dulu, Kini dan Masa Depan dan modulnya berasaskan buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” karangan Fathi Yakan, membicarakan tentang 6 Perspektif menjadi Muslim yang Efektif, diolah mengikut ‘style’ dan versi ustaz hasrizal. Modul yang sama dipakai untuk PUISI 2007 tapi ditambah dengan sedikit intro tentang sejarah Islam dari awal kebangkitannya hinggalah kejatuhan turki uthmaniyyah, sehingga kini. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, Ustaz Hasrizal merupakan bekas graduan master dalam bidang sejarah Islam dan peluang ini kami ambil untuk mengadakan slot khas membincangkan tentang sejarah Islam dan Muslim. ‘Details’ tentang tema dan modul ini akan dihuraikan lebih lanjut dalam artikel berikutnya insyaAllah =). Berikut merupakan butir lengkap dan padat tentang PERMAI kali ini:
PERMAI 2010 (Bandung)
Tempat: Politeknik Pos Bandung, Indonesia
Tarikh: 22-24 Januari 2010
Penceramah: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Tema: Islam dan Muslim; Dulu kini dan Masa depan
Modul: 6 Perspektif Menjadi Muslim yang Efektif
CINTA
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh
Sabar - adakah bererti hanya mendiamkan diri?

Sifat sabar adalah antara sifat yang perlu ada dalam diri setiap insan.Setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai ujian dan cubaan dari Allah s.w.t. dan sifat sabarlah yang akan membantu manusia mengharungi setiap ujian dan cabaran yang mendatang.
Buktinya,Allah telah berfirman yang bermaksud: ‘Dan sesungguhnya akan Kami( yakni Allah ) berikan cubaan kepada kamu,dengan sedikit rasa ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa serta hasil tanaman.Dan sebarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar’ (Al-Baqarah :155)
Dari pengertian ayat tersebut,jelaslah bahawa Allah sentiasa menurunkan ujian kepada setiap hamba-Nya untuk menguji tahap kesabaran hamba-Nya tetapi adakah sabar itu bererti hanya mendiamkan diri apabila ditimpa ujian???
Sabar itu mempunyai makna yang luas.Menurut kamus dewan edisi ketiga sabar membawa maksud betah menahan penderitaan,kesakitan,kesusahan dan seumpamanya.Dalam erti kata lain seseorang yang sabar itu adalah orang yang pro-aktif.Apabila sesuatu musibah berlaku, seseorang harus bersabar dan lebih pro-aktif untuk menghadapinya dengan penuh hikmah.Sabar juga harus diumpamakan senjata bagi orang mukmin.Hanya orang yang kuat imannya mampu mengawal sifat sabarnya.Justeru,sifat sabar sabar ini harus dibina.
Sabar bukan diam
Walaupun ada yang berpandangan,sabar bererti mendiamkan diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada.Namun,itu tidak bermakna apabila seseorang itu ditimpa musibah,hanya mendiamkan diri sahaja tanpa ada sebarang usaha atau tindakan untuk keluar dari musibah tersebut.Sebaliknya,sabar itu ada hadnya lunas-lunas Islam yang sepatutnya bagi mendapatkan hak pembelaan.
Contohnya,seseorang yang dianiaya ,didera atau hidup dalam kesusahan perlu berusaha,berikhtiar dan tawakkal untuk keluar dari musibah tersebut.Tetapi malangnya ada yang tidak mahu berusaha keluar dari belenggu kesukaran,bahkan lebih menyalahkan takdir.
Inilah fenomena yang sering berlaku dalam masyarakat kita,hanya suka menyalahkan takdir tanpa usaha yang sepatutnya.Orang yang seperti itu tidak memahami hakikat kesabaran
Sabar dan syukur
Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinaan radhiyallahu ‘anhu,beliau mengatakan “Rasulullah s.a.w perrnah bersabda, ‘Sungguh menakjubkan urusan orang yang beriman,semua urusannya adalah baik.Tidaklah hal itu didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin.Maka itu baik baginya.Dan apabila dia tertimpa kesulitan maka dia pun bersabar.Maka itu pun baik baginya’ (HR Muslim)
Syaikh Al ‘Utsaimin menjelaskan manusia dalam menghadapi takdir Allah yang berupa kesenangan dan kesulitan terbahagi kepada dua,iaitu kaum yang beriman dan kaum yang tidak beriman.
Adapun orang yang beriman bagaimanapun keadaannya selalu baik baginya.Apabila dia tertimpa kesukaran maka dia bersabar dan tabah menunggu datangnya jalan keluar dari Allah serta mengharapkan pahala dengan kesabarannya itu.Dengan demikian dia memperoleh pahal orang-orang yang sabar.Maka ini baik baginya.
Sedangkan apabila seorang mukmin menerima nikmat lahir mahupun batin maka dia bersyukur iaitu dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah.Kerana syukur bukan sahaja mencakup ucapan syukur di mulut sahaja,akan tetapi harus dilengkapi dengan melaksanakan berbagai ketaatan kepada Allah.
Adapun orang kafir,mereka berada dalam keadaan yang buruk sekali,wal’iyaadzu billaah.Apabila tertimpa kesusahan mereka tidak mahu bersabar,bahkan tidak mahu menerima,memprotes takdir,mendoakan kebinasaan,mencela masa dan caci maki lainnya
Hikmah disebalik musibah
Syaikhul Islam mengatakan ,
‘Datangnya musibah-musibah itu adalah ni’mat kerana ia menjadi sebab dihapuskan dosa-dosa.Sedarkah kita bahawa musibah itulah yang melahirkan sikap kembali taat,merendahkan diri di hadapan Allah ta’ala dan kebergantungan kita kepada Allah,pencipta yang Maha Berkuasa atas segala-galanya?Musibah itu sendiri dijadikan oleh Allah sebagai sebab penghapus dosa dan kesalahan.Maka seluruh musibah pada hakikatnya merupakan rahmat dan ni’mat bagi setiap makhluk,kecuali apabila musibah itu menyebabkan orang yang tertimpa musibah menjadi terjerumus ke dalam kemaksiatan yang lebih besar daripada maksiat yang dilakukannya sebelum tertimpa musibah.Apabila itu yang terjadi maka ia menjadi keburukan baginya,apabila ditilik dari sudut pandang musibah yang menimpa agamanya.
Kesimpulannya,sifat sabar harus di tanam dalam diri kita.Cubalah untuk menjadi orang yang pro-aktif dan bersabar dalam banyak perkara kerana sabar itu menandakan tahap iman kita.Musibah yang diturunkan oleh Allah kepada kita adalah sebagai penghapus dosa kita yang lalu.
Husnuzzon billah(berbaik sangka kepada Allah) adalah sebaik-sebaiknya apabila dilanda ujian kerana Dia yang Maha Mengetahui atas segala-galaNya.semoga kita mampu mempraktikkan sifat sabar dalam kehidupan seharian mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh syara’.
source:majalah i (Feb 2009)