Milikilah Sifat MALU
Zaman mutaakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlaq dan tersebarnya kemaksiatan. Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.
Malu adalah sebahagian daripada iman. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.
Pentingnya memiliki sifat malu. Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.
Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.” (HR Bukhari)
Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput. Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.
“Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu” bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.
Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal. Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”
Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Muslim No.50)
Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” (Shahih Muslim No.53)
Muslimin-muslimat sekalian,
Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri. Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu. Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu. Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu. Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu. Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu. Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu. Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu. Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu. Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu. Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu. Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu. Dan macam-macam lagi.
Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itu sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara. Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. “Just Do It” antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi. Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.
Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu. Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu. Sifat ini wajar kita contohi.
Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa “Malu bertanya sesat jalan”. Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu. Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia. Kerana ALLAH subhanahu wata’ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.
Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita. Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut. Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.
Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.
Edited by Muhammad Hanif from http://www.muzir.wordpress.com
Cinta Ilahi bukan Lakaran Puisi
“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.
“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.
Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?Cinta Ilahi?Tiada lagi cinta lelaki?Wanita gila harta?Hanya Allah sahaja yang ’setia’?Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?
Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!BERTAPA?Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana? “Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)
Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.CINTA ILAHI ADA CARANYA..Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya? “Katakanlah:
Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)
Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.
Credit to : http://saifulislam.com/
Rindu Bau Pohon Tin
Buku Rindu Bau Pohon Tin ini merupakan karya Hasrizal Jamil yang mempunyai laman web saifulislam.com . Siapa lagi kalu bukan bakal penceramah kita di mprogram permai nanti. Saya ingin mempromosikan buku Rindu Bau Pohon Tin. Amat menarik sesuai dengan remaja, yang sedang menuntut ilmu, saya sudah khatam membacanya. Wah rasa begitu teruja setiap kali menyemak halaman yang ada, rasa seperti saya pula yang berada di Jordan. Teringat cerita Inkheart , salah seorang watak dalam cerita itu mengatakan dengan membaca kita tidak perlu berjalan jauh, kita akan dapat merasai pengalaman orang yang berjalan jauh dengan membacanya (itu yang saya paham dari ayat watak tersebut) . Marilah bersama membaca nya. Jangan segan-segan.
Jika anda ingin mengetahui betapa menariknya buku ini jangan segan-segan untuk bertanya kepada saya.
Renunglah, bersyukurlah
Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.
Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya. (Ibrahim:34)
Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya;anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.
Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin. (Luqman:20)
Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.
Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?(Ar-Rahman:13)
Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanyak kerana penyakit yang mereka deritai? Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian;penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.
Perhatikanlah juga fungsi Otak Anda! Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istanah yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berian, tetapi tangan anda kudung?
Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.
Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!
Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariyat:21)
Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda.
Dan janganlah termasuk didalam golongan: Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya.(An-Nahl:83)
dipetik dan diubahsuai dari : http://www.iluvislam.com.
Tak kenal maka tak cinta
Alhamdulillah saya diberi kesempatan masa untuk post pada hari ini.
Mintak maaf lah kalau sekiranya post-post dalam blog ni agak lama tidak di update.
Student medic lah dikatakan..Huhu
Baru-baru ni kita digemparkan tentang gempa bumi di Padang
Saya dengar ini adalah gempa bumi yang paling teruk..
Mungkin ini semua adalah ujian dari Allah untuk hambaNya.
Kenapa tajuk post kali ini ‘Tak kenal maka tak cinta’
Sebenarnya pada post kali ini saya ingin berkongsi tentang latar belakang Speakers kita nanti.
Insya allah pada program Permai akan datang ni, kita menjemput dua arang Speakers.
Mereka adalah Ustaz Hasrizal dan Dr Nazhatul
Mereka adalah pasangan suami isteri yang juga dikenali saiful islam dan ummu saif
· USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil is a master-trainer for Kelab Rakan Intelek Muda (KRIM). He is a
well-known speaker and motivator for Malaysian students. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil is
currently completing his Masters in History and Civilization at the International Islamic
University Malaysia. He holds a BA (Hons.) in Sharia & Islamic Studies from Mu’tah University,
Jordan. Previously he attended Izzuddin Shah School in Ipoh from 1988-1992.
Building on his experience as Minister of Religion and Imam in Belfast Islamic Centre
Northern Ireland, and several Islamic centers in the Republic of Ireland, as well as Assistant
Director at Fitrah Perkasa, a training and consultancy firm in Malaysia, he became the first
Muslim Chaplain at Malaysia’s National Heart Institute in February 2007. He is now a Research
Associate at Malaysia Think Tank London. Earlier, Ustaz Hasrizal was a public researcher at
Research Centre for Islamic Art, History and Culture (IRCICA) Istanbul.
He is now a full time trainer at his own newly established consultation firm, Saifulislam
Training & Consultancy (001813528-P). Further details about him can be seen in his personal
website http://www.saifulislam.com
· DR. NAZHATUL MUNA HAJI AHMAD NASARUDIN
Dr. Nazhatul Muna is a daughter of Haji Ahmad Nasarudin and late Hajjah Hajar. She was
born in November 1975. She is the 8th of 10 siblings. She received her tertiary education from
National University of Ireland Galway in Medical Degree and currently works as a trainee
lecturer in Emergency Medicine. Alhamdulillah, she had married to Hasrizal Abdul Jamil aka
Abu Saif and granted with 3 beautiful children; Muhammad Saiful Islam, Naurah Sabihah and
Muhammad Imaduddin.
Currently she is an Emergency Medicine Physician Registrar in UKM Medical Centre
(UKMMC). Planning to further in pre-hospital care & public health, she dreams to teach the
public basic life support and basic home trauma care and management. Insya Allah, she will
join venture with her husband to give talks and lectures in these fields. Further details about
her can be seen in her personal website http://www.ummusaif.com
About Ustaz Hasrizal
Hasrizal is currently completing his Masters in History and Civilization at the International Islamic University Malaysia. He holds a BA (Hons.) in Sharia & Islamic Studies from Mu'tah University, Jordan. Previously Hasrizal attended Izzuddin Shah School in Ipoh 88-92.
Building on his experience as Minister of Religion in Belfast Islamic Centre Northern Ireland, and several Islamic centres in the Republic of Ireland, as well as Assistant Director at Fitrah Perkasa, a training and consultancy firm in Malaysia, Hasrizal became the first Visiting Counselor and Muslim Chaplain at Malaysia's National Heart Institute (IJN) in February 2007. He is now a full time motivational trainer at Sigtech Sdn. Bhd.
Earlier, Hasrizal was a public researcher at Research Centre for Islamic Art, History and Culture (IRCICA) Istanbul.
Hasrizal who successfully produced his best seller book, AKU TERIMA NIKAHNYA, is also a columnist for ANIS (Galeri Ilmu) and MAJALAH I (Karangkraf)
Married to Dr. Nazhatul Muna Ahmad Nasarudin, a medical officer and trainee lecturer in UKM Medical Centre (UKMCC), they are blessed with three beautiful kids, Muhammad Saiful Islam, Naurah Sabihah and Muhammad Imaduddin.
Logo Permai

Insya allah pada post kali ini, kami warga Permai Bandung Ingin mengucapkan Selamat Menempuhi 10 Malam Terakhir Ramadhan ini. Tidak lupa juga Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga selamat sampai ke arah destinasi.
Permai pada kali ini memohon jasa anda semua bagi membuat logo Permai. Inilah masa anda semua tunjuk bakat kearah kebaikan.
Silakan hantar gambar anda ke permai.islam@gmail.com atau ke nawz_zuhal@yahoo.com sebelum 30 September 2009..
Semoga jasa baik anda semua dibalas dengan kebaikan.